27 September, 2013

STRAWBERI.. I LIKE IT

strawberi fresh from cameron highlands...tringin plak nk g lg..ade msa bleh la gi jenjalan lg..tp yg malasnya jalan bengkang bengkok senak nk smpai huhuhuu

26 September, 2013

AKU INGIN MENJADI BIDADARI HIDUPMU..DUNIA DN AKHIRAT

ya allah
kau ampunilah dosaku yg telak aku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..
Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..
Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

BINGKISAN HATIKU





Bukan maksud amarah-ku menggelapkan mata hati-ku….
Aku memang bukan KHADIJAH apalagi AISYAH….
Aku memang bukan wanita luar biasa….
Aku memang jauh dari kata SEMPURNA….
Tapi aku pantang menyerah….iZinkan aku menjadi wanita solehah di jiwa….

Engkau Pelengkap jiwa raga-ku,

Maafkan aku yang terkadang lupa  akan kewajiban-ku…
Maafkan aku yang terkadang sombong akan kelebihan-ku…
Maafkan aku yang terkadang ego  seolah2  boleh hdup  tanpa-mu…
Maafkan aku, suamiku….maafkan aku….. aku sujud maaf, pada-mu 
Benar kata-mu……
Kamu adalah nahkoda bagi-ku…
Kamu adalah penunjuk arah hidup-ku…
Kamu adalah pemimpin solat-ku….
Kamu adalah titian (jambatan) taqwa-ku  menggapai  SYURGA ILLAHI…..dan,
Aku adalah kain putih yang akan engkau sulam  dan bentuk dengan didik-mu….
Aku adalah emas berlian yang akan kau suci-kan karatnya….
Aku adalah tanggungjawab-mu 

Wahai suamiku 

Mari kita seberangi luasnya ” lautan kehidupan”  bersama-sama….)
Mari kita jalani “rintangan hidup”  ini bersama-sama….
Mari kita selami makna “jatuh bangun” berumahtangga ini bersama-sama….
Mari kita hadapi “dugaan  hidup ” yang ALLAH hadiah-kan buat kita berdua…

PERMATA HATI KAMI

SAIF MIKAEL

APE2 AJE

haloo..halo..baru nk rajin2 create blog baru ni..suka tgok blog org cantik2..aku pun tringin jugak nk semadikan cerita hidup aku kat laman ni..haritu dh ada blog tp lma xbukak trus lupa psword xdpt detect lg.ni buka acount baru la...boleh juga aku godek2,time kt ofice xde kje leh la mgadap...ermppp sya budak bru belajar smua masih berterabor huhuhuuhu...

AKU DIA DN KAMU

AIDILFITRI 2013..kami masih bertiga...bila nk ber empat ni hehhhee,xde rzki lg xpa lgpun mgkin msa dn keadaan sma xsesuai..insyaallah suatu hari nanti...

19 September, 2013

K.POP STYLE

my sweetheart..my world n my life...cinta dn anugerah akn ku jga amanah ini sebaiknya..