29 November, 2013

DI DALAM MENCARI KEREDHAANMU

1) Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
2) Dunia ini umpama lautan yg luas.kita adalah kapal yg berlayar dilautan telah ramai kapal karam di       dalamnya,andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akn selamat dari tersesat di lautan hidup ini
3) Hidup tak selalunya indah,tp yg indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4)Setiap yg kita lakukan biarlah jujur,kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan org.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kpada bntuk asalnya.
6)Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agr hidup penuh dngan ketenangan dn keamanan.hidup tanpa pengangan ibarat buih buih sabun.bila2 masa ia akan pecah.
8)Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayan dalam kehinaan.memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mukia dari memberi dngan byk tp di iringi dngan riak.
9) Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan.
10)Kata2 yg lembut dpt melembutkan hati yg keras dr batu.tetapi kata2 yg kasar dpt mengasarkan hati yg lunak seperti seprti sutera.
11)  Lidah yg panjang 3 inci boleh membunuh manusi yg tingginya 6 kaki.
12)Agama tidak pernah mengecewakan manusia.tetapi manusia yg selalu mengecewakan agama.
13)Nafsu mengatakan perempuan itu cntik ats rupanya,islam mengatakan perempuan itu cantik ats dasar ilmu dn kepintarannya.dn hati itu cntik ats dasr akhlaknya.
14)Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam.ianya wujud tp amat sukar d cari..
15)Hidup memerluka pengorbanan,perngorbanan memerlukan perjuangan.perjuangan memerlukan ketabahan.ketabahan memerlukan kenyakinan.keyakinan pula menentukan kejayaan.kejayaan pula akn menentukan kebahgiaan.
16)Seseorang yg bijak melahirkan kata kata selalunya di sanjungsehingga ia mula bercakap kosong.
17) Harta akn habis di gunakan tnpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya di gunakan.
18)Kekayann bukan lah satu dosa dn kecantikan bukanlah satu kesalahan,oleh itu jika anda memiliki kedua duanya janganlah anda lupa pada yg maha berkuasa.
19)Sahabat yg tidak jujur umpama dapur yg berhampiran,jikalaupun kamu tidak terkena jelaganya sush pasti akn terkena asapnya.
20)Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusi itu sendiri di lahirkan dari sebuah kemesraan.
21)Kita sentiasa muda utk melakukan dosa tetapi tdak pernah tua utk bertaubat.
22)Gantungkan azam dn semangatmu setinggi bintang di langit dn rendahkan hatimu serendah mutiara d lautan.
23)Setiap mata yg tertutup belum beerti ia tidur.setiap maka terbuka belum beerti ia melihat.
24)Jadikan dirimu bagai pohon yg rending di mana insan dapat berteduh,jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dn hanya layak di buat kayu api.
25)Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26)Jangan meghina barang yg kecil kerana jarum yg kecil itu kadang2 menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi,pabila kita memakainya semua akn dpt merasa keharumannya.oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yg anda miliki itu kpada teman anda.
28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti utk kita,beringat ringatlah utk menghadapi esok yg pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan di turuti kerana implikasinya tidak seperti yg diimaginisasi.
30)Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar.Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.sahabat sejati menjadi pendorong impian.sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan allah.
31)Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakanwaktu utk membaca.kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan wktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,menyediakan wktu utk berfikir,kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu utk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,menyediakan wktu tk bersenda kerana bersenda itu akn membuat muda selalu dn menyediakan waktu beibadat kerana beribadat itu adalah ibu  dari segala ketenagan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yg berbisa,maka siapa yg mengelakkanya kerana takut padaku,maka aku akn mengantikannya dngan iman yg dirasakan manisya dlm hti.
33)”Wanita yg cntik tnpa peribadi yg mulia,umpama kaca mata yg bersinar sinar tetapi tidak melihat apa2”
34)”Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan dalam hidup”

35)Jika kejahatan di balas kejahatan,maka itu adalah dendam.jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa,jika kebaikan dibalas kejahatan,iyu adalah zalim.tpi jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah mulia dn terpuji.
36)”Hidup umpama aiskrim.nikmatilah ia sebelum cair”
37)Hidup adalah gabungan antara bahagia dn derita,ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.malangnya bg mereka yg hnya ikut kehendak hati tidak sngup mnerima penderitaan.
38)Hadia terbaik : -kepada kawan – kesetiaan# kepada musuh-kemaafan# kepada ketua-khidmat#lepada yg muda-contoh terbaik#kepada yg tua-hargai budi mereka dn juga kesetiaan# kepada pasangan –cinta dn ketaatan#kepada manusi kebebasan.
39) Hidupla seperti lilin yg menerangi org lain,jangalah menjadi duri dn mencucuk diri dn menyakiti org lain.
40)Dunia ini ibarat pentas.kita adalah pelakonya.maka berlumba lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunai dn di akhirat.
41)ingatlah,sabar itu iman,duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dn mati tak berteman.
42)Lidahmu adalah bentengmu,jika dikau menjaganya maka ia akan menjagamu,dn jika dikau membiarkannya maka ia tidak akm mempedulikanmu.
43)Kita selalu lupa atau ingat apa yg kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yg org lain miliki.
44)Dunia ini tiada jaminan melainkan suatu peluang.
45)kehidupan kita di dunia ini tidak menjajikan satu jaminan yg bekekalan,apa yg ada hanyalah percubaan,cabaran dn pelbagai peluang,jaminan yg kekal abadi hanyalah dpt di temui apabila kita kembali semula pada ilahi.

YA ALLAH BERIKAN KU KEKUATAN DN KESABARAN MENGHADAPI SEGALA UJIAN DN MENSYUKURI,SETIAP NIKMAT YG KAU LIMPAHKAN♥